Followers

Friday 15 June 2012

KALAU SEMUA GUNA DUIT SYILING

CAHAYA REMBULAN MENYINARI MALAM,
RASA CERIA TAMBAH MENGASYIKKAN,
LAFAZ BISMILAH PEMBUKA KALAM,
SALAM SEJAHTERA SAYA UCAPKAN.


TAHUKAH anda sekarang ini ramai x hargai duit syiling, ada yang main lempar je, ada pulak bila dapat duit syiling terus cakap,keep the chance. duit syiling nie laku time nk g tandas je. kesian duit syiling. kalaulah semua pakai duit syiling mesti...


1-SEMUA BERSHOOPING BAWAK DUIT SYILING BERGUNI-GUNI.

2-POKET SELUAL KENA BUAT DARI BESI...KALAU X SELALU KOYAK.

3-TAKDE LAGI ORANARG NAK SIMPAN DUIT BAWAH BANTAL. KALAU BERTIMBUM MACAM MANA NAK TIDOW.

4-MESIN ATM PLAK BLEH JADI MACAM MESIN BELI AIR TIN LAH JAWABNYA.

5-PEROMPAK PULAK AKAN PK LAPAN BELAS KALI NAK ROMPAK ORANG ATAU BANK.

6-TAK BOLEH NAK MENYOROK KERANA DARI JAUH LAGI UDAH DENGAR BUNYI DUIT SYILING.

KITA MINTAK...TAPI KITA...

ASSALAMUALAIKUM...kita sebagai hamba Allah kenalah rajin minta sesuatu darinya. sama macam kerja jugak, kalau xmintak xdapat.sebelum dapat kerja bukan main lagi janji macam2. bila dah dapat jangan pulak buat main2. jadi kalau dah dapat apa yang dimintak tuu jangan pulak lupa...siapa yang bagi...kenapa pulak dia bagi?Wallahua'lam....


1-kita mintak diberi iman, tapi kita tak jaga iman yang diberi.

2-kita mintak dimurahkan rezeki, tapi darimana datangnya kita x peduli.

3-kita mintak pasangan baik budi pekerti, dah dapat x pulak kita hargai.

4-kita minta itu dan ini, tapi satu sen pun kita x bagi.

5-kita mintak dipanjangkan usia, makin tua makin hanyut lah pulak kita.

6-kita mintak dijauhkan malapetaka, tapi kita sendiri yang carik bala.


RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABATKU......

Sunday 10 June 2012

PAGI YANG INDAH

Assalamualaikum dan selamat pagi.........
Pada pagi yan indah ini, aku berasa amat bahagia dan nyaman sekali dengan udara dan embun pagi yang menyejukkan. Kesegaran tubuh badanku membuatkan aku lagi bersemangat untuk menjalani kerja rutin harianku. aku melihat kawan-kawnku masih indah dibuaian mimpi masing-masing. tapi yang paling aku suka pada pagi ini ialah bunyian burung yang berkicauan di pohon-pohon yang rendan di tepi bilikku. pada pagi ini juga aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan aku kesihatan tubuh badan supaya aku mengerjakan perbuatan yang disuruh olehnya dan meninggalkan perbuatan yang dilarangnya. aku juga amat bahagia sekali kerana dapat mengulang kaji pelajaran dengan tenang dan baik. akhir kata dari saya selamat belajar dan semoga berjaya dalam peperiksaan ini...dengarlah serangkap pantun dari saya,

hantu jerangkung nampak gigi,

assalamualaikum hai jumpe lagi.


Friday 23 March 2012

TIP NAK CEPAT KURUS

SUSAH SANGAT NAK KURUS.......
MACAM-MACAM UBAT DAN CARA DAH CUBA NAMUN ADA SAJA HALANGAN YANG DATANG.CUBA PULAK CARA YANG SAYA BAGI NIE.....BUKAN SAJA CEPAT KURUS MALAH GRENTI TAK AKAN GEMUK LANGSUNG....CER CUBA,CER CUBA...HAHAHA................


1-JANGAN BUAT DAPUR KAT RUMAH
agar dapat mengelak diri dari aktiviti memasak.

2-BALIK KERJA ATAU SEKOLAH TERUS TIDUR DAN BANGUN BALIK KEESOKAN PAGINYA.
untuk mengelakkan dari perut lapar di tengah malam....

3-JANGAN BERKAWAN.
bagi mengelakkan dari melepak dengan kawan di kedai makan.

4-JANGAN NAIK KENDERAAN UNTUK KE MANA-MANA
untuk menggalakkan diri bersenam dengan berjalan kaki atau berlari.

5-JANGAN MENONTON TV.
supaya dapat mengelakkan dari terasa inginkan sesuatu terutama kalau tonton iklan makanan.

6-DUDUK DALAM HUTAN.
untuk mengelakkan diri dari menerima jemputan kenduri.

TANDA-TANDA KEDAI NAK TUTUP

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawanku semua...
Tanda-tanda tutup kedai ni bukan akibat bankrap
tapi dah cukup waktu operasi.Ramai kawan kita
melepak kat kedai makan sampai lewat malam
pasti tau atau buat-buat tak tau......kepada yang
tak tau baca lah artikel ni kat kedai berhampiran......


1-Bila kedai lampunya terang benderang tiba-tiba tutup satu persatu,bermula dari dapur sampai lah ke kaunter bayaran....TAK PAHAM-PAHAM LAGI KEW..ANGKAT KAKI LA.....

2-Bila pekerja kedai buat-buat tak nampak kehadiran korang,kalau tanya pun macam layan x layan....
TAK RETI-RETI NAK CARI KEDAI LAIN KEW.......

3-Bila makanan dan air yang dioder semuanya tida,bahkan air kosong pun habis.
MEMANG KOMPON DAH NAK TUTUP LA TUUUU......

4-Bila makanan dan minuman yang biasa dihidangkan dalam pinggan atau mangkuk tapi tauke kedai cadangkan
kau bungkus jew.MAKNANYA DIA SURUH MAKAN KAT TEMPAT LAIN LA TU.....

5-Bila dua minit sekali pekerja kedai menyapu-nyapu kedai,habis semua meja dilap.Makin dekat dengan korang makin laju dia sapu....TU MENYINDIR LA TUUUU....

6-Bila nampak tukang masak berlegar-legar sambil lepak depan tv,siap pegang remote lagi.
DAH SELESAI AKTIVITI MEMASAK LA TUUU......

7-Bila pelayan kedai mengetatkan muka diorang bila taukenye suruh layan korang.
TERPAKSA KERJA LEBIH SEBAB DAH TERLEBIH MASA LA TUUU....

8-Bila meja,kerusi dan semuanya takde langsung kat kedai.
TU TANDANYA BUKAN NAK TUTUP....TU DAH TUTUP..PERGI MAKAN KAT KEDAI LAIN LAH...HAHAHAHAHAHA

Friday 16 March 2012

MENGENALI KAREKTER PEREMPUAN SEMASA MENANGIS

PERNAHKAH ANDA MENGAMBIL TAHU MACAM MANA PEREMPUAN BOLEH MENANGIS....JOM KITA SAMA-SAMA BACA APA YANG SAYA TULIS INI...
JOM,JOM,JOM,JOM.....

PEREMPUAN NEKAD
-menangis dengan sekuat-kuat hati.

PEREMPUAN KUAT
-memaksa diri untuk tidak menangis.

PEREMPUAN TEGAS
-menangis tanpa air mata.

PEREMPUAN KENTAL
-tak pernah langsung menangis seumur hidup.

PEREMPUAN EMOSI
-sentiasa menangis.

PEREMPUAN PURA-PURA
-memaksa diri untuk menangis.

PEREMPUAN PELIK
-menangis sambil meniup bellon.

PEREMPUAN MENDADA ATAU GEDIK
-buat-buat menangis.

PEREMPUAN BERKEYAKINAN
menangis dengan bersungguh-sungguh.

PEREMPUAN SENTIMENTAL
-menangis sambil bersajak.

ADAKAH ANDA SEORANG PEREMPUAN  YANG SAMA KAREKTER DI ATAS SEMASA MENANGIS SEPERTI BERIKUT...HUHU RENUNG-RENUNGKAN LAH....

Thursday 15 March 2012

HIDUNG MANCUNG

memancungkan HIDUNG........Kawe suko tengok cerita hindustan pasal geram dengan pelakon-pelakon dio hok hidung mancung.Kalu buleh tarik hidung  THEY ALL hok mancung tuh gak,kawe lah orang hok paling bahagio.Mesti ramai lagi hok lua sana hok mahu hidung dio mancung,jadi kawe ada beberapa tip nak mancung kan hidung.


TIPS 1
Setiap hari tiga kali sehari,pagi,tengah hari dan malam U all kasi message dan tarik hidung.

TIPS 2
Sepit hidung U all dengan penyepit baju,kemana saja U all wajib sepitkan.

TIPS 3
Pernah kan tengok lembu kena cucuk hidung dan kena tarik,so U all pun buat macm tu jugak.

TIPS 4
Suruh member tumbuk kasi sampai bengkak,bila bengkak otomatik hidung nampak mancung.

TIPS 5
Buang dan ganti hidung U all dengan hidung mancung.


HIDUP BORING

BORING? itu lumrah sebuah kehidupan.tak kisah lah boring yang macam mana pun kerana boring nie banyak jenis boring.........mungkin ada yang tersenarai kat bawah nie...hahahahahah jom kita tengok dan baca sama-sama........

HIDUP TERASA BORING BILA...............

1-Muka hensem atau cantik tapi tak ada orang nak ngorat.

2-Duit punya lah banyak gila berjuta-juta pulak tu....tapi tak ada isteri,apa tah lagi girlpren.

3-Bawak kereta punya lah cermat tapi tetap kena saman.

4-Baca majalah punya lah kelakar gila,tapi tak mau gelak.

5-Kerja macam dah siap tapi tak siap-siap pown...

6-Kapel beria-ia ajak tengok wayang tapi dia tido.

7--Dah berkeluarga tapi bila cuti hujung minggu masing-masing dengan hal sendiri.

8-Perut dah kenyang tapi mata pulak rasa mengantuk.

9-Jawatan dalam kompeni cukup gah tapi takde kerja.

10-idea nak melukis dah ada tapi mood pulak tak ad...adoi......

PELIK tapi BENAR

SAYA PUN PELIK,PELIK SANGAT......KORANG PELIK TAK DENGAN APO YANG SAYA TULIS KAT BAWOH NIE?

1-TAK MEROKOK.........tapi yang pliknye segala jenama arak ditogok.

2-KERJA MALAS........tapi yang plik nye duit banyak plak.

3-MEMANG BUTA HURUF,SEKOLAH PUN TAK PERNAH.....tapi yang peliknye mengira duit tak
pernah silp.

4-KAHWIN TAK PERNAH LAGI......tapj yang peliknya dah ada anak.

5-UMUR TAK CUKUP LAGI NAK AMBIK LESEN.....tapi yang peliknya,pandu kereta ke hulu,ke hilir.

6-BUAT RUMAH BESAR....tapi yang peliknya tiada siapa yang tinggal.

7-MUKA BUKAN MAIN HENSEM KEGILAAN RAMAI PEREMPUAN.....tapi yang peliknya yang
sejenis juga jadi pilihannya...

8-DAH TAHU BERJUDI ITU HARAM.....tapi yang peliknya ramai yang keluar masuk dari kedai tikam
nombor.

9-MUKA BUKAN MAIN SELEKEH.....tapi yang peliknya makwe punya lah cun melecun.








RENUNG-RENUNGKAN LAH

KAWAN-KAWANKU DI AKHIR ZAMAN

1-Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
2-Ilmu fardhu Ainnye kosong belaka.
3-Hidupnye lebih berat dari barat.
4-Bersahabat untuk mendapat laba[untuk mendapat keuntungan semata-mata]
5-Yang menghidupkan sunnah barat.
6-Disko dan pesta sebagai tempat berhibur.
7-Yang ada artis dijadikan tempat berhala sembahan.
8-Seolah-olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

Wednesday 7 March 2012

ISLAM TEGAS MENENTANG RASUAH


Wacana Islam  Oleh Mohd Shauki Abdul Majid


DALAM masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap'' dan juga ungkapan under counter payment, duit kopi dan sebagainya. Perkataan `rasuah' berasal dari perkataan Arab yang berbunyi ``al-risywah''. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di negara ini dari segi undang-undang, semua perbuatan `memberi dan menerima suapan' adalah merupakan sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa dirinya bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradapan manusia dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.
Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama ini dengan sendirinya mencemar Islam. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat secara umumnya malah dengan kelakuan bejat rasuah itu, mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.
Untuk manusia beriman, hadis di atas cukup menakutkan. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah s.a.w ini tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Rasulullah s.a.w juga meramalkan akan datang suatu zaman atas umat manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka. Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya. Takjub mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. yang melukiskan keadaan zaman itu, para sahabat pun bertanya, ``Ya Rasulullah, apakah mereka menyembah berhala?'' Nabi menjawab, ``Benar''. Hanya sahaja, berhalanya bukanlah yang dipahat dalam bentuk makhluk-makhluk tertentu. Berhalanya adalah wang. Mereka menyembah, mengabdi, dan mencurahkan seluruh hidupnya untuk wangnya.
Memilih pemimpin kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan situasi yang sulit untuk memilih yang mana satu yang baik. Justeru Rasulullah s.a.w. memberi erti amanat dalam kepimpinan adalah kemampuan atau keahlian dalam jawatan yang dipangku bukan ukuran kekayaan semata-mata. Amanat terabaikan dan kehancuran akan tiba, bila jabatan diserahkan kepada yang tidak mampu, demikian sabda nabi.
Anda boleh menetapkan pertimbangan anda dalam memilih pemimpin tapi ingatlah selalu sabda Rasulullah yang bermaksud:
Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jabatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslim.
Ada yang memberi alasan mengenai sesetengah menggunakan pengaruh wang untuk mendapat jawatan dengan niat yang kukuh iaitu untuk membangunkan masyarakat dan negara. Padahal niat yang baik tidak boleh menghalalkan kaedah atau perbuatan yang tidak baik. Lebih-lebih lagi merasuahkan orang untuk mendapat jawatan. Islam menetapkan niat dan perbuatan mesti betul iaitu kerana Allah. Kalau kita ikhlas untuk membantu masyarakat tanpa niat yang serong insya-Allah, Allah akan tolong orang-orang yang ikhlas.
Rasulullah sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik, jawatan tinggi dan harta kekayaan, oleh musyrikin Quraisy agar berhenti dari berdakwah ke jalan Allah. Apa yang Nabi jawab, seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, nescaya aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikian kentalnya iman Rasulullah s.a.w untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan itu. Itulah jawapan yang amat tepat. Itulah juga cara nabi menutup mulut orang yang cuba hendak merasuahkan baginda.
Dalam satu peristiwa Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa ragu-ragu untuk menerima gaji atas jawatannya. Dia bimbang kalau-kalau gaji yang diterima itu melebihi tugas yang sepatutnya yang dijalankan. Namun hakikatnya hari ini akibat lemahnya iman, soal prinsip dan cara hidup serta amalan politiknya telah goyah. Sebab itulah mudah silau dan terpesona dengan tawaran wang dan harta.
Dari Ma'qil r.a. katanya, Saya mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Semua orang yang diserahi tanggungjawab oleh Allah atas rakyat lalu ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya itu, nescaya syurga itu haram baginya.

 Gejala politik wang harus dibanteras kerana ia boleh mengakibatkan negara dipimpin oleh mereka yang tamak dan nipis iman malah akidah pun sudah rosak.


Mohd Shauki Abdul Majid ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Monday 5 March 2012

GOMO KLATE GOMO

TAHNIAH skuad sang kijang kerana telah mengalahkan skuad sang rusa......[04.03.2012]


TAHNIAH....
TAHNIAH....
TAHNIAH....


THE RED WORRIO akn beraksi pada malam ini....mari lah pnyokong klate kito pakat sokong sang kijang beraksi pada malam ini.....main habis-habisan.....
GOMO KLATE GOMO....[07.03.2012


GOMO KLATE GOMO,MALAM NIE KITO PAKAT TENGOK KLATE BERAKSI MENENTANG PERAK...
MAIN HABIS-HABISAN.JANGAN MUDOH MENGALOH..
SEMANGAT ANOK KLATE.....